XPDC TAHAN (22/1/2016-27/1/2016)
XPDC TAHAN merupakan first project yg aq join setelah masuk kelab kembara. Projek Tahan ni merupakan projek gunung Tahan di Pahang.Projek ini berlangsung selama 6 hari 5 malam iaitu 22/1/2016-27/1/2015 yang lepas dan disertai seramai 30 orang termasuk senior ii kembara yang dah gred dan diiringi oleh Dr.Munawar a.k.a Tok wan iaitu penasihat club kembara. serta 2 orang anak buah beliau Kami semua berkumpul di bilik kelab iaitu di pusat budaya untuk bertolak k Pahang pada 21/1/2016. Kami telah melalui Merapoh-Kuala Tahan iaitu (2,187m).
First day kami start treking pada 22/1/2015 pada awal pagi sesudah subuh dan tiba di Kem Lata Luis pada pukul 1.00 pm. Untuk sampai di kem tersebut,kami perlu menyeberangi sungai Luis dan berhenti di tepi sungai tersebut untuk makan tengah hari. Selepas setengah jam berehat,kami terus bergerak semula untuk ke campsite Kem Kor dan tiba di sana dalam pukol 4.00 pm. Tiba sahaja disana,semua kaum lelaki mendirikan fly dan kaum perempuan mula memasak dan buaat air panas untuk semua orang. So,di situlah kami bermalam.
Pada hari k2,sesudah solat dan breakfast,kami mula meneruskan perjalanan dalam pukul 7.00 am dan tiba di kem pematang pada pukul 12.00 pm. Di situ kami berhenti makan dan mula bergerak semula pada pukul 1.00 pm..Seterusnya kami berjalan dalam 2 jam dan take five semula dalam 10 minit di Kem Kubang kemudian meneruskan perjalanan untuk ke Kem Bongzai. Sebelum tiba di Kem Bonzai,kami telah melalui Kem Berlumut. Tapi kami tidak berhenti di situ kerana kesuntukan masa. Kami sampai di Kem Bonzai pada pukol 4.00pm. Di situ terdapat view yang sangat indah dan terdapat sebuah pokok bonzai yang sangat cantik..Pokok tersebut x la tinggi mana,so apa lagi,kami selfie la puas ii kat ats pokok tu..ahahahha.
.Kami mula meneruskan perjalanan dalam pukol 4.30 pm dan tiba da campsite Kem Botak pada pukol 6.00 pm.Di situ lah kami mendirikan fly untuk bermalam.Tp,Tok wan dan 2 orang anak buah dia iaitu Am dan Pulut tidak bermalam di situ. Diorang meneruskan perjalanan ke puncak gunug tahan dan bermalam di puncak. Kalau nak tahu,dari campsite Kem Botak nak k puncak hanyalah setengah jam sahaja.Tapi kami semua bermalam di Kem Botak kerana mempunyai campsite yang luas berbanding di puncak. Di Kem Botak kami telah bertembung dengan sekumpulan student UITM Kelantan yang baru turun dari puncak dan mereka juga bermalam di Kem Botak sebelum berpatah balik turun semuala ke Merapoh. Berbeza dengan kami,sebab kami x patah balik k Merapoh.Kami turun ke Kuala Tahan.Kebanyakkan orang x suka turun belah Kuala Tahan kerana trek yang agak mencabar,kena naik tangga 15,kena rentas beberapa sungai yang besar termasuklah sungai di Lata Luis.
Pada hari k3,kami terus menuju k puncak pada jam 7.00 am. Sampai je di puncak gunung tahan,setiap orang celebrate dengan makanan or air masing ii. Macam aq,aq bawak Redbull sebagai barang celebrate aq di puncak. Selepas celebrate,kami bergambar ramai ii dan memakai baju projek and baju tema.Time tu tema kami ialah formal. So setiap orang wajib bawa baju formal.Dalam satu jam kami kat puncak,kami teruskan perjalan dan terus ke campsite Kem Gedung untuk bermalam di sana.
Pada hari k4,kami meneruskan perjalanan k Kem Riskit.Then kami tiba di Kem Riskit pada jam 1.00 p.m,so kat situla kami berhenti makan. Selepas makan semua,kami mula bergerak k Kem Tangga 15 dan seterusnya melalui Kem Pangkin Atas dan Kem Pangkin Bawah.Selesai tangga 15,kami take five 10 di Kem Pangkin Atas dan meneruskan perjalanan k campsite Kem Teku.Kami sampai di campsite pada pukul 5.00 pm dan bermalam di situ.Pada hari k5,after breakfast,kami mula bergerak k Kem tengah.Untuk sampai k Kem Tengah,kami terpaksa merentas Sungai Teku & Sungai Pelenting. Di situ lah kami bertarung nyawa untuk meredah air sungai yang sangat deras.Nasib la Guid sanggup menyeberang untung pasangkan tali untuk kami semua.X lupa jugak pada semua lelaki yang snaggup tolong angkat beg budak ii perempuan untuk merentas sungai.Boleh dikatakan kat situnlah kami terhutang nyawa pada diorang semua kerana sanggup jaga kami time nak menyeberangi sungai.Berterima kasih sangat pada diorang semua.setelah selamat semua menyeberangi sungai,kami meneruskan perjalanan dan sampai di campsite Kem Tengah padapuku6.00 pm.So,kami semua bermalam di situ.

Pada hari yang terakhir iaitu hari yg k6,kami mula meneruskan perjalanan pada jam 7.00 am dan berhenti take five 10 minit di Kem Rajah dan dan berhenti pada jam 1.00 pm di Kem Melantai untuk makan.Setelah setengah jam behenti berehat,kami mula meneruskan perjalan dan sampai di Kuala Tahan pada jam 4.00 pm..Sampai je kt Kuala Tahan tu rasa macam nak sujud syukur je rasa,,,,ahahaha..mana x nya,6hari 5malam berada atas gunung tu,dengan trek yang mencabar ,suhu yang sangat sejuk tambah dengan hujan dan angin yang yang kuat semua.seriouse sangat mencabar mentel and fizikal.Tipula kalau cakap mentel x rabak time tu.Sampai jew kat Kuala Tahan,kami semua bekumpul untuk ceklist barang dan membersihkan diri.Selepas itu kami naik bot untuk menyeberangi sungai untuk pergi homestay at Taman negara Kuala Tahan
Di sebabkn esok ramai senior ii yang dah start kerja,so malam tu diorang terus bertolak pulang k destinasi masing ii.Kami semua budak ii kembara uum pulang keesokkan harinya dan sampai k uum pad jam 12.00 malam.For the last story about XPDC TAHAN ni, aq nak cakap aq happy sangat sebab berjaya melakar sejarah menawan Gunung Tahan pada first projek and first sem...Terlampau banyak kenangan,pengalaman dan jugak ilmu yamg aq dapat sepanjang 6hari 5malam tu.So aq nak ucapkan tahniah kepda pengarah projek iaitu Shafiq Farizan(poh) dan kepaada semua peserta yang telah join kerana berjaya menawan gunung tahan tanpa ada overtime and tanpa sebarang injured...sekian salam tahan............
No comments:
Post a Comment